Tentang Cinta



 



Kamu Yang Aku Cintai




Pertamanya,
“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”


 

Aku Rindukan Kamu Yang Dulu





Sayang...kenapa dirimu sudah berubah? Apa salah abang? Kalau abang pernah buat kesilapan, luahkanlah pada abang, persembahkanlah pada abang, jangan berdiam diri begini. Abang sanggup menerima hukuman atas apa saja kesilapan abang, tapi apakah kesilapan itu sehingga membuatkan ayang bisu seribu bahasa sebegini? Sukar untuk abang fahami.
Sayang...Masih ingatkah dikau bagaimana kesabaranku menunggumu selama empat tahun? Abang tutup pintu hati abang untuk orang lain demi ayang. Apakah ayang sudah lupa sejauh mana perjalanan abang untuk mengikat simpulan kasih ini? Masih ingatkah dikau betapa besarnya pengorbanan abang untuk menyuburkan tunas cinta yang kita semai dulu? Kenapa racun berbisa yang ayang sirami? Kenapa???
Sayang...Kenapa dulu engkau sanggup mengucapkan kata cinta pada abang??? Mengapa ayang mengukir kata-kata janji untuk abang jadikan harapan? Sedangkan ayang belum pasti, belum yakin yang cinta itu sudah datang. Mengapa ayang memaksa abang membina sebuah tugu kasih di dalam jiwa abang yang kosong ini, akhirnya ayang sendiri yang robohkan??? Ayang kejam, ayang memang kejam!!!
Sayang...Abang tidak pernah menyangka ini semua akan terjadi, abang tidak pernah mengimpikan kekecewaan dalam hubungan kita. Mengapa ayang tinggalkan abang disaat rindu merah menyala??? Disaat abang masih menyinta? Kesepian dan kerinduan kian menggamit perasaan, semakin hari semakin kuat rindu itu datang...Abang tidak sanggup berpisah denganmu, kembalilah sayang, kembalilah abang rindukan kamu...
Sayang...Dulu pernah engkau berkata, akulah insan yang paling memahami, insan yang paling mengerti, insan yang paling menyintai dirimu...Tapi kenapa kini ayang berpaling arah? tidak cukupkah dengan apa yang telah abang berikan selama ini....kesetiaan? kejujuran? Tidak cukupkah sayang? Apakah ada insan yang lebih sempurna dan lebih memahami dirimu yang hadir merampas hatimu dari abang???
Sayang...Kau telah mengelar hatiku, kau sudah menghancurkan impian abang, remuk redam hati ini memikirkan harapan yang punah...Abang tidak malu menyatakan yang abang menangis hampir setiap malam mengenangkan kemusnahan ini...Pengorbanan yang sia-sia, yang tinggal hanyalah kenangan kenakalan senda guraumu yang sentiasa terngiang-ngiang di telingaku...Biarlah abang terus begini. Abang akan menunggumu sayang...tunggu smpai bila2...sampai keakhirnya.

 

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu



Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1.  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2.  Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3.  Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.  Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.  Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.  Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.  Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8.  Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.  Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10.                    Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11.                    Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12.                    Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13.                    Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14.                    Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15.                    Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
16.                    Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
17.                    Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18.                    Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19.                    Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20.                    Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21.                    Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22.                    Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23.                    Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24.                    Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"



Tidak ada komentar:

Posting Komentar